Let's Like :D

بسم الله الرحمن الرحيم

Jiwang kejap XD


Hoyy2.. Assalamualaikum.. :D hari terasa nk jiwang kjap ahh.. :3 bole? XD 
-> Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati .. Andai kau dapat melihat hatiku ..Andai saja kau dapat membaca fikiranku… Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku… Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku… Cintailah aku dengan kesungguhanmu.. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau! Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU! 

hoho.. dah xde idea da :3 cukup sampai disitu sja ^_^ ~~

Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara


Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.
Penjelasan:
1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah & mendatangkan kebaikan kepada diri anda & orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yg lebih susah daripada anda kerana sedekah yg ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yg paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah & doa anak yg soleh yg mengiringi anda.
SUMBER (copy) : http://ohislam.com 

Sabda Rasulullah SAW


Sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yg akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yg soleh.
③ Ilmu yg bermanfaat yg disampaikannya kepada orang lain.

GAMBARAN HARI KIAMAT


Hi.. Assalamualaikum.. :D ari nie nk kongsi artikel tentang 'GAMBARAN HARI KIAMAT' harap korang semua sudi membace.. ^_^  SELAMAT MEMBACA =)
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yg memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal & akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yg menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dgn keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yg rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yg berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia & jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang & hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut & bimbang tentang nasib & masa depan yg akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yg berterbangan dgn bunyi seperti guruh yg menghalau manusia, jin & binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yg banyak amal), berjalan kaki (bagi yg kurang amalan) & berjalan dengan muka (bagi yg banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari & bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yg amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yg tebal pecah dengan bunyi yg dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yg besar & suaranya yg menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dgn kepanasan yg berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur & sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan & bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yg mengandungi air yg hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yg menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu & rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yg mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yg terik kecuali 7 golongan yg mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yg adil.
ⅱ- Orang muda yg taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yg terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yg bertemu kerana Allah & berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yg diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yg suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yg beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) & akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dgn yg lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yg kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yg dipikul oleh 8 orang malaikat yg sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dgn suara yg amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yg amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yg mempunyai 4 batang tiang yg sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yg besar & gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yg mempunyai seribu bilik yg menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yg menghijab cahayanya yg sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yg terletak di hadapan Arasy yg dipikul oleh 4 orang malaikat yg sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yg terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap & tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi & pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yg zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yg pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, & amalan yg pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yg pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dgn tangan kanan bagi orang mukmin & dgn tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yg mempunyai lidah & 2 daun. Daun yg bercahaya untuk menimbang pahala & yg gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW & para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yg diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih & hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dgn Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yg sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati & dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dgn mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yg mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi & rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yg lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yg terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yg dibelah tujuh & ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan & dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar & 5000 tahun menurun. Ada makhluk yg melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban & berjalan kaki. Ada yg tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan & kiri sirat mengawasi setiap makhluk yg lalu. Setiap 1000 orang yg meniti sirat, hanya seorang sahaja yg Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
SUMBER (copy) : http://ohislam.com